Lanjutan daripada wawancara bersama Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dato’ Hj Faudzi Naim Hj Noh yang ditulis di Utusan baru-baru ini, fakta yang menyatakan sebanyak separuh daripada lesen 500,000 orang usahawan Melayu yang dieksploitasi oleh sesetengah pihak. Melalui jumlah yang agak membimbangkan tersebut, jelas ia berlaku atas kerelaan usahawan terbabit. Justeru seruan beliau supaya usahawan Melayu berkecimpung lebih giat dalam perniagaan sejajar dengan lesen perniagaan yang diberikan, sewajarnya diambil berat dan diimplementasikan.
Sememangnya tidak dinafikan, dasar pecah dan perintah ketika penjajahan British sebagaimana yang ditekankan beliau adalah antara faktor mengapa kaum Melayu masih kurang dari sudut menceburi bidang keusahawanan secara serius. Malah, landskap kehidupan Melayu yang diajar untuk ‘makan gaji’ ternyata telah menjadi darah daging dan identiti yang tidak boleh dipisahkan. Buktinya, berapa keratkah premis perniagaan Melayu yang dapat dilihat di bandar-bandar utama mahupun pecan kecil di Malaysia ini. Ternyata rata-ratanya dipelopori oleh peniaga bukan Melayu. Bahkan gejala ‘ali baba’ yang dimaksudkan oleh Dato’ Hj Faudzi Naim Hj Noh daripada bukti empirikal yang diketengahkan oleh beliau, ternyata memparahkan lagi keadaan. Semua ini adalah disebabkan sifat ingin mendapat keuntungan dengan cara mudah tanpa berusaha yang telah menjadi kebiasaan sesetengah pihak.
Justeru, seruan beliau sebagai individu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan memberikan inspirasi kepada kaum Melayu dalam perniagaan wajar diberi perhatian. Bahkan, penekanan beliau tentang hadis Nabi yang memberikan nisbah iaitu sembilan daripada sepuluh punca rezeki ialah melalui perniagaan sepatutnya menjadi azimat untuk seluruh kaum Melayu bangkit dan bergiat aktif dalam bidang keusahawanan sebaris dengan bangsa lain.
Cadangan yang saya fikirkan sesuai adalah antaranya dengan mempelopori hub halal yang semakin maju berkembang di negara kita ini. Melihatkan perkembangan yang progresif melalui Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) yang telah mencapai edisi keenam pada 6 Mei 2009 ini, peniaga Melayu khasnya dan kaum Melayu amnya harus mengambil peluang untuk mendalami industri ini.

Rahmat sebagai bangsa Melayu di Malaysia yang dilahirkan sebagai beragama Islam malah diperkukuhkan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan Melayu itu beragama Islam, maka sewajarnya kita yang mempelopori bidang ini. Bahkan, rekod pada MIHAS 2008 yang mencatatkan jualan melebihi RM 185.3 juta dan selebihnya RM 2.02 juta yang masih di bawah rundingan, ternyata industri ini menjanjikan nafas baru kepada arena perniagaan kaum Melayu.
Seandainya kaum Melayu sedar akan hakikat bahawa dengan berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal dunia dengan menceburi bidang tersebut sebagai suatu ibadat kerana mencari yang halal itu ialah fardhu bagi setiap muslim, nescaya tiada lagi isu separuh daripada 500,000 peniaga berlesen Melayu tidak menggunakan lesen yang diperuntukkan sewajarnya. Malah, ekonomi bangsa Melayu juga mampu dilonjakkan secara nyata dan bukan lagi retorik. Dengan ini, dalam beberapa tahun yang mendatang, tiada lagi jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara Melayu dan bukan Melayu di negara ini.
Sedarlah bahawa peluang-peluang perniagaan dan bantuan dalam pelbagai bentuk yang diperuntukkan oleh kerajaan hakikatnya menanti kaum Melayu untuk dimanfaatkan. Semangat kaum Cina untuk berusaha dalam bidang ini juga wajar kita jadikan teladan.
Lebih menarik, saya sebagai anak Melayu yang berpendidikan Cina di SJK sebenarnya diberitahu bahawa kejayaan sesuatu bangsa abad ini ialah bersandarkan pada 2 ‘E’. Iaitu ‘EDUCATION’ dan ‘ENTREPRENEURSHIP’. Sekiranya kita tidak boleh berjaya dalam ‘E’ yang pertama maka teruslah berjuang dalam ‘E’ yang kedua. Ternyata ia suatu yang tepat dan mereka membuktikan melalui kejayaan mereka dalam kedua-dua bidang ini.
Tuntasnya, bangsa Melayu seluruhnya wajar bangkit, untuk menuju suatu dimensi baru ekonomi dengan bergiat aktif dalam keusahawanan, demi memperkasa serta memastikan kelansungan anak bangsa sebagai tonggak bumi bertuah ini.
AMIRUL IMAN BIN DOLLAH
@ ECONS CAFE, UIA
AMIRUL IMAN BIN DOLLAH
@ ECONS CAFE, UIA

No comments:
Post a Comment